Excellent Taekwondo Academy

Martial arts and self defense are not the same

Wednesday, May 21, 2008

SEJARAH TAEKWON-DO






Taekwon-Do ialah "Seni Bertempur menggunakan Tangan dan Kaki " yang terunggul dalam sejarah Korea yang di dokomentasikan tentang teknik mempertahankan diri . Ia diperkenalkan lebih kurang 600 selepas masihi semasa pemerintahan Silla Kingdom di Korea Selatan. Teknik bertempur purba ini dikenali sebagai Soo Bak-Gi.Ianya diikuti oleh Seni bertempur menggunakan kaki yang dikenali sebagai Tae Kwon. Kaedah ini digunakan untuk melatih tentera bagi Dinasti tersebut.Walaubagaimanapun semasa penjajahan Jepun keatas Korea , Seni Teakwon serta banyak lagi lain-lain seni tradisional Korea tidak benar di amalkan. Seni Tae Kwon hanya di pertahankan oleh beberapa orang seperti Master Song Duk Ki dan Han Li Dong yang tidak mahu warisan mereka terkubur begitu sahaja.
Dalam tahun 1933 seorang pemuda bernama Choi Hong Hi telah dihantar untuk belajar kaligrafi dengan seorang guru yang bernama Han Ii Dong yang semasa penjajahan telah mengamalkan seni Tae Kwon secara sulit tanpa mengenal penat lelah.Setelah melihat Choi seorang pemuda yang kecil dan lemah beliau mengambil keputusan untuk mengajar Tae Kwon dalam masa yang sama mengajar Kaligrafi. Dalam tahun 1937 Choi telah dihantar ke Kyoto, Jepun untuk melanjutkan pelajarannya di bawah seorang berbangsa Korea bernama Kim. Beliau mempelajari karate dan memperolehi Tali Pinggang Hitam tingkat ke dua.( 2nd Degree) .
Semasa perang Dunia yang kedua Choi Hong Hi telah pulang ke negaranya dan dipaksa untuk bertugas dengan Tentera Jepun. Semasa bertugas di Pyongyang beliau terlibat sebagai perancang Pergerakan Kemerdekaan Korea dan di penjarakan. Didalam penjara beliau telah memperkenalkan asas seni mempetahankan diri yang dipelajarinya itu dengan mengajar rakan sepenjaranya.Dalam tahun 1945 peperangan tamat dan Korea mencapai kemerdekaan maka Choi pun dibebaskan dari penjara
Pada Januari 1946 Choi dilantik sebagai Leftenan Muda dalam Tentera Korea yang baru dibentuk. Dia ditugaskan di Kwang Ju sebagai pemerintah Kompani dimana dia telah mengajar asas Seni mempetahankan diri yang baru itu pada seluruh kompaninya.Beliau kemudiannya di naikkan pangkat kepada Leftenan dan dihantar untuk bertugas di Tae Jan. Di sana bukan hanya terdapat pengkalan tentera Korea tetapi terdapat juga tentera Amerika. Dalam beberapa tahun Choi Hong Hi telah berjaya memperkembangkan Seni Tae Kwon melalui kerjayanya sebagai seorang tentera. Pada tahaun 1949 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan berpeluang untuk belajar di Fort Riley Grand School , Kansas , Amerika. Semasa di sanalah Choi Hong Hi telah memperkenalkan Tae Kwon-Do kepada rakyat Amerika.
Menjelang tahun 1953 Choi Hong Hi telah mewujudkan Korea Grand General di Pusan. Sebagai Timbalan Komander dan Ketua Jabatan Akademik, pada tahaun 1952 beliau telah memberi taklimat kepada Jeneral Mac Arthur semasa lawatan beliau ke Kang Numg .Semasa genjatan senjata beliau adalah Pegawai Pemerintah Divison ke 5 Infantri.
Dalam tahun 1954 telah bertugas di Divison ke 29 Infanteri di Pulau Cheju. Semasa bersama Major Nam Tae Hi, beliau juga Komander "Chon Do Kwan" iaitu sebuah Gimnisium awam yang terbesar di Korea.Beliau bukan sahaja berjaya melatih tentera-tentera Korea tetapi juga telah dapat memperkembangkan Taek Kyon dan teknik-teknik Karate kepada Seni Taekwon-Do yang moden.Dengan usahanya yang gigih itu beliau dinaikkan pangkat lagi kepada Major Jeneral.
Kemudian pada 11hb April 1955 nama Taekwon-Do telah diperkenalkan di dalam satu mesyuarat antara Ketua-ketua Jurulatih, sejarawan dan ahli politik . Choi Hong Hi telah menyerahkan nama Teakwon-do serta sukatan pelajaran Seni Taekwon-do.Perkara ini telah dipersetujui dan di terima serta diluluskan oleh Presiden Korea.Nama-nama seperti Dong Soo, Gong Soo, Kwan Bup, Tae Kyon, Soo Bak, Kang Soo dan lain-lain telah digantikan dengan nama Taekwon-Do.
Dalam tahan 1959 Seni Mempertahankan diri Taekwon-Do telah mula diperkenalkan di luar negeri. Beberapa siri demontrasi diadakan di Amerika untuk memperkenalkan seni tersebut. Ianya mendapat sambutan cukup menggalakan. Di Korea sendiri Seni Taekwon-Do dijadikan matapelajaran wajib bagi pelatih-pelatih tentera dan juga polis.
Dalam tahun 1962 Jeneral Choi Hong Hi telah dihantar sebagai Duta Korea ke Malaysia.Beliau mula memperkenalkan Seni Taekwon-Do ini kepada masyarakat di sini. Pada tahun 1963 Persatuan Taekwon-Do Malaysia pun ditubuhkan. Seni ini diterima dengan baik sehinggakan satu demontrasi di adakan di Stadium Merdeka di atas permintaan Perdana Menteri Malaysia Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Akhirnya Seni Taekwon-Do berkembang ke seluruh dunia atas usaha yang gigih Jeneral Choi dan anak-anak buahnya.Jeneral Choi Hong Hi dilatik sebagai Presiden Taekwon-Do Antarabangsa dan kekal sehingga sekarang.Seni Taekwon-Do di anggap sebagai Seni mempertahankan diri kebangsaan bagi negara Korea.

Monday, May 5, 2008

LANGKAWI STUDENTS

LANGKAWI STUDENTS

LANGKAWI STUDENTS

Sunday, May 4, 2008

SMK SERI AMPANG STUDENTS

SMK SERI AMPANG STUDENTS

SMK SERI AMPANG STUDENTS

SMK SERI AMPANG STUDENTS