Excellent Taekwondo Academy

Martial arts and self defense are not the same

Wednesday, August 22, 2007

Tae Kwon Do

Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000

Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".

Taekwondo mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.

  • · Putih
  • · Kuning
  • · Hijau
  • · Biru
  • · Merah
  • · Hitam

Setiap talipinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "Dan".

Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:

  • World Taekwondo Federation (WTF)
  • International Taekwondo Federation (ITF)
  • Global Taekwondo Federation (GTF)

Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ianya telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.

ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home